Channel Avatar

AminAzli @[email protected]

829K subscribers - no pronouns :c

More from this channel (soon)


Welcoem to posts!!

in the future - u will be able to do some more stuff here,,,!! like pat catgirl- i mean um yeah... for now u can only see others's posts :c

AminAzli
Posted 1 year ago

“Setiap langkah dalam ketaatan adalah persiapan untuk bertemu dengan Allah. Jadikan setiap amalmu sebagai bekal untuk hari perjumpaan dengan-Nya.”

548 - 52

AminAzli
Posted 1 year ago

"Bismillah, hari ini akan menjadi hari yang penuh berkah."

396 - 68

AminAzli
Posted 1 year ago

Sempena kemasukan bulan Rejab ini, marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan baik kita dan semoga Allah SWT sentiasa memberi kita taufiq dan hidayah-Nya dalam setiap amalan yang kita lakukan agar ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan juga sunnah Rasulullah SAW. Amin.

291 - 48

AminAzli
Posted 2 years ago

Semoga mendapat rezeki malam lailatul qadar semuanya. InsyaAllah

Next video: https://youtu.be/vjHpIluYzFI

26 - 8

AminAzli
Posted 2 years ago

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Yang Mulia Buat Sahabat-sahabat di Seluruh Dunia

38 - 1

AminAzli
Posted 3 years ago

Surah yang amat besar dalam Al Quran

Dari Abu Saad bin Mu'alla r.a., katanya: Ketika saya sedang solat dalam masjid, Rasulullah s.a.w. memanggil saya. Tetapi tiada saya sahuti. Kemudian saya berkata: "Wahai Rasulullah, Rasulullah! Saya tadi sedang solat. Beliau bersabda: "Bukankah Tuhan berfirman: "Sahutlah Allah dan Rasul apabila dia memanggil kamu!" Kemudian beliau mengatakan kepada saya: "Nanti ku ajarkan kepada engkau suatu surah yang amat besar dalam Al Quran sebelum engkau keluar dari masjid". Kemudian beliau memegang tangan saya. Setelah beliau hendak ke luar saya mengatakan kepada beliau:"Bukankah tuan menjanjikan akan mengajarkan kepada saya suatu surah yang amat besar dalam Quran?" Beliau bersabda: "Surat itu ialah: Alhamdulillahi Rabbil'alamin. Itulah sab'ul matsani (tujuh ayat yang diulang-ulang) dan Quran besar yang diberikan kepada saya". Hadis Sahih Bukhari

youtube.com/watch?v=RNhHv...

52 - 2

AminAzli
Posted 3 years ago

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Sebaik-baiknya hari ialah hari Jumaat, kerana pada hari itu Adam dijadikan. Pada hari itu dia masuk syurga, pada hari itu pula dia keluar daripadanya, dan tidak terjadi kiamat melainkan pada hari Jumaat." - Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0806.

154 - 1

AminAzli
Posted 3 years ago

Assalamualaikum. Jangan lupa 3 perkara pada hari Jumaat.

1. Kekasihmu Rasulullah menunggu selawat darimu untuk baginda.
2. Kubur yang gelap menanti cahaya nur bacaan Surah Al-Kahfi darimu.
3. Waktu mustajab sedang menunggu si pendoa yang bertuah maka jangan anda sia-siakannya.

Salam Jumaat.

121 - 9

AminAzli
Posted 3 years ago

“INILAH AMALAN YANG AKAN MENGANGKAT DARJAT KITA”

Nabi SAW (SallaAllahualaihiWasallam) pernah bertanya para sahabat “Tidakkah kamu ingin aku tunjukkan kepada kamu akan sebaik-baik amalan? Kata Makki: Ia adalah sebaik-baik penyucian di sisi Tuhan kamu dan yang mengangkat darjat kamu dengan begitu tinggi. Dan ia lebih baik daripada kamu memberikan emas dan duit. Ia
juga jauh lebih baik daripada kamu apabila berhadapan dengan musuh kamu dengan kamu memancung leher-leher mereka dan mereka memancung lehermu. Para sahabat berkata: Apakah perkara itu wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Zikir kepada Allah Azza Wa Jalla. [Hadis Sahih Riwayat Ahmad (27102)

Ikuti alunan Zikir Munajat yang popular di Nusantara yang telah dialunkan
selama 2 Jam berturut-turut ini => youtube.com/watch?v=HRnoL...

45 - 2